Sinopsis Rindu Kasih

Selepas ditinggalkan Shida, kehidupan Khalid menjadi tidak keruan bersama anak mereka, Salina yang berusia beberapa bulan. Untuk menyara anak kecilnya, Khalid terpaksa bekerja.

Khalid membesarkan Salina seorang diri dan merahsiakan tentang Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah.

Zamani meminta Amir memanggil Khalid dan Salina untuk bertemu dengannya di mana Zamani membuat permintaan terakhir kepada Halijah untuk mengahwinkan Amir dengan Salina.

Amir akur menikahi Salina kerana amanah ayahnya, walaupun tanpa restu si ibu. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina dan Amir?